fbpx

Pilihan hati Shuib iaitu Watie Hanifah sering mendapat kecaman dan kritikan dari netizen. Namun hantaran terbarunya ini menunjukkan sikap sebenar wanita itu yang dianggap ikhlas.

Watie telah menulis ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak kepada pelakon dan penyampai radio Shuib, iaitu Dzakira Talita Zahra. Selain video dia melayani karenah Dekta, Watie juga berterima kasih atas kebaikan gadis berusia 10 tahun itu terhadapnya.

“Happy Birthday Doctor Love Aunty. Thank you selalu jadi penghibur & peneman aunty kemana pegi”


“Thank you selalu backup & menangis utk aunty bila time daddy bertukar jadi garang. Thanks for your kindness & love.”

Terima kasih pilih aunty sebagai ibu kamu

Paling utama, dia berterima kasih kerana Dekta memilihnya sebagai ibu.
“Aunty love you more. Andddddddd… Thank you for choosing me to be your mummy,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen murni termasuklah merasakan pelawak tersebut telah memilih calon yang tepat untuk anak-anaknya.

Sekadar info, Dzahira Talita Zahr merupakan satu-satunya anak perempuan Shuib Sepahtu dengan allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin. Mereka turut dikurniakan 3 orang cahaya mata lelaki, Uwais Al Qarni, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Shuib dan Watie pula telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman Watie di Shah Alam, 6 Mei lalu. Difahamkan, pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Jun depan.

Sumber: Oh My Media

[fbcomments]