fbpx

Chee Heng atau lbih dikenalai sebagai Uncle Kentang sebelum ini menyediakan perkhidmatan van jenazah, ambulans dan teksi 10 sen secara percuma kepada golongan tidak berkemampuan.

Beliau turut mengagihkan bantuan makanan asas secara percuma dan menyediakan Dapur Umum yang membolehkan mereka yang lapar dan miskin mengambil makanan secara percuma.

Pahala uruskan jenazah

Baru ini beliau ada memuat naik satu posting pahala menolong menguruskan jenazah

“Bagi mereka yang beragama Islam, Tuhan janjikan pahala sebesar 2 gunung Uhud.

Bagi saya pula, permudahkan aja asalkan kerja beres dan yang meninggal dapat di semadikan secepat munkin. Logik untuk kita membantu… kerana kita mampu….

Bayangkan mereka yang tiada duit dan menerima berita kematian orang tersayang mereka…. kita permudahkan… bab pahala atau tidak… itu bukan hak kita… itu hak Tuhan…at least kita dapat ucapan terima kasih dari waris yang kebuntuan…. itu mencukupi…. kita sedar kita akan pergi… meninggalkan orang orang tersayang satu hari nanti….

Salam masuk kamar… rehat lah dan tidur lah agar esok kita menyirami pokok bunga di kubur kita lagi….”

Menerusi kata-kata netizen di ruangan komen, kebanyakannya mendoakan supaya Uncle Kentang diberikan hidayah.

[fbcomments]