Dalam pada kesedihan dan trauma yang melanda Uqasha Senrose dan Kamal Adli, nama Uqasha hangat diperkatakan di media sosial akibat dituduh sebagai pembuli pada zaman persekolahan dulu.

Seorang individu telah tampil di platform Twitter dan mendakwa dirinya pernah dianiaya aktres cantik itu 15 tahun lepas.

“Jangan percaya dengan air mata buaya dia tu. Dia pernah buli saya waktu di sekolah menengah dulu. Hinggakan saya depress dan suicidal dan berpindah sekolah lain untuk mengambil SPM,” ciap individu tersebut.

“Saya takkan maafkan dia. What goes around comes around,” tambahnya lagi.

Uqasha tampil meluahkan kekesalannya tentang perkara itu di Twitter miliknya dan secara siaran langsung di aplikasi TikTok. Uqasha telah membalas ciapan individu itu dan menyatakan hasrat ingin berjumpa selain menyerahkan segala maklumat untuk pihak polis buat siasatan.

Uqasha menafikan perkara itu dan meminta agar individu terbabit mengemukakan bukti sekiranya dia adalah mangsa buli seperti didakwa.

Apa niat awak? Sampai trending, buruknya nama saya orang cakap saya kaki buli. Senang cerita, kalau anak awak kena buli. Saya pembuli, anak awak takut nak pergi sekolah sampai bunuh diri segala. Awak tak beritahu mak awak? Mak awak tak jumpa pihak sekolah? Sekolah kita tak ada cikgu disiplin?

@afieragoes Siapa minah tu yang cakap uqasha kaki buli ? Jom ramai2 bantai dia ! Nak sgt jadi attention seeker kan ?!!! #uqashasenrose ♬ Horror movie opening instrument(859680) – half-dim

“Jangan jadi otak singkat atau kurang bijak konon-konon nak backup. Jangan dengar sebelah pihak.”

@yuyuenlee #uqasha #uqashasenrose #kamaladli ♬ original sound – YUYU.SHOPAHOLIC

Kak yong nya aku ni ye, kuatnya saya sampai takutnya awak dekat saya. Saya yang pindah sekolah, macam mana dia cakap dia yang pindah sekolah.

Bagaimanapun, orang ramai diminta menghentikan spekulasi kerana kebenarannya masih belum dapat dibuktikan lagi.

Sumber: TwitterTikTok

[fbcomments]