Semalam Malaysia digemparkan dengan pemergian seorang usahawan dan TikToker terkenal iaitu Sifu Lentik atau nama sebenar beliau Muhammad Irfan Abdullah. Berita yang dikejutkan itu adalah melalui beberapa rakan TikToker arwah, seperti Aizat Abdul Razak dan Haqiem Stopa.

Punca kematian dirahsiakan

Menurut rakan seperjuangan TikTok beliau, usahawan itu dikatakan menyembunyikan penyakit yang dihidapi daripada kawan-kawan yang lain sehingga nafas terakhirnya.

@haqiemstopa

Sedekahkan Al-Fatihah Muhd Irfan Abdullah aka Sifu Lentik 🙂🙏🏼 doakan arwah .maafkan arwah atas segala silap dia kat dunia ni . Semoga arwah berada di kalangan org2 yg soleh .

♬ Al-Fatihah – Muhammad Al-Hafiz

“Dia ni seorang yang kalau sakit memang susah nak beritahu kat orang. Tak ramai yang tahu dia sakit masuk hospital”, ulas Haqiem Stopa apabila menerima berita duka tersebut. Melihat posting di atas, Haqiem turut mewakilkan arwah dengan meminta maafkan salah dan silap ke atas benda-benda yang sudah berlalu.

Dah Masuk Hospital Sejak 3 Jun Tapi 13 Jun Baru Dapat Jejak Sifu

Berdasarkan instastory Aizat Abdul, beliau ingat arwah Sifu sengaja tidak mahu berjumpa dengannya, rupanya sakit kepala dan sakit badan yang ditanggungnya itu adalah betul.

“Mata kabur pun dia da beberapa kali cakap. Ingatkan dia saja bagi alasan tak nak keluar”.

“Kenapa sifu rahsiakan sakit. Kita kan dah janj kalau sakit bagitahu je, kami datang tengokkan”

Netizen juga tidak lekang untuk turut meluahkan rasa sedih dengan pemergian mengejut memandangkan arwah sering melakukan live di TikTok sebelum ini.

“Terkejut saya dengar sifu lentik meninggal. Salam takziah”

“Alfatihah sifu banyak kebaikan dibuatnya”

“Patutlah dia tak live. Tapi dulu memang dia cakap dia ada kanser. Salam takziah. Semoga Allah permudah segala urusan beliau disana. Amin”

Kredit: TikTok Haqiem_stopa, Instagram Aizatabdulrazak

[fbcomments]