fbpx

Pernah mengaku tidak suka menunaikan solat, usahawan kosmetik wanita ditahan polis dipercayai akibat memukul anak perempuannya selepas berang dengan status dimuat naik oleh remaja itu di aplikasi WhatsApp.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir, mangsa yang merupakan remaja berusia 16 tahun itu mengalami luka dan bengkak pada beberapa anggota badan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Wanita berkenaan telah bertindak memukul kepala anaknya menggunakan tangan. Dia kemudian telah cuba memukul mangsa dengan kayu hoki, namun anaknya itu sempat melarikan diri.

Siasatan awal mendapati, kejadian itu berpunca daripada status dikongsi mangsa mengenai ibunya yang mengungkit mengenai soal harta selain turut memarahi remaja berkenaan kerana tidak bekerja.

Difahamkan, mangsa yang sudah mendirikan rumah tangga tinggal bersama kedua-dua suspek yang berusia 33 tahun itu serta suaminya di kediaman tersebut.

Terdahulu, usahawan tersebut menjadi perhatian warganet apabila didakwa mempersendakan agama Islam selepas video pengakuannya tidak suka bersolat menerusi rakaman Facebook Live tular di media sosial.

[fbcomments]