fbpx

Difahamkan seorang usahawan kosmetik yang cukup terkenal di Malaysia, telah memukul anak angkatnya sehingga menyebabkan kecederaan.

Menurut Harian Metro, kejadiaan itu dilaporkan sendiri oleh pembantu rumah usahawan tersebut, kepada pihak polis.

Berdasarkan kenyataan pembantu rumah itu kepada pihak polis, dia memberitahu kejadian berlaku ketika  usahawan kosmetik tersebut membuat rakaman video anak angkatnya yang sedang menangis.

Pukul guna kasut…

Tambahnya lagi, kerana anak angkatnya itu tidak melakukan seperti yang diarahkan, majikannya telah memukul kanak-kanak itu menggunakan tangan di bahagian muka.

Tidak cukup dengan itu, pembantu rumah tersebut juga mendakwa dia disuruh oleh majikannya membawa anak angkat tersebut ke dalam bilik kasut sebelum diarahkan memukul kanak-kanak malang terbabit.

Enggan menuruti arahan memukul kanak-kanak tersebut, lantas usahawan itu sendiri telah memukul kanak-kanak tersebut menggunakan kasut di bahagian badan dan mencubitnya sehingga meninggalkan kesan.

Ameena anak angkat Aliff Syukri?

Dalam perkongsian lain, menerusi Facebook dengan nama akaun Bunga Aprell telah berkongsi foto dan video kanak-kanak tersebut, yang didakwa merupakan anak angkat kepada usahawan Aliff Syukri, iaitu Ameena.

Adoi, kesian nye lh Meena nih.. Igt kn duk dgn org kaye indah tp ni lk yg jd..

Posted by Bunga Aprell on Rabu, 4 Mac 2020

Kejadian berlaku pada 28 Februari lalu, kini pihak polis telah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini.

[fbcomments]