Nampaknya kisah melibatkan pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq belum ada kesudahannya.

Bermula dengan satu posting atau komen di Facebook di mana beliau menegur pihak memuatnaik gambar golongan miskin yang dibantu di media sosial sebagai haram.

Sejak itu, Abu Syafiq teruk dikecam, tak kurang yang melemparkan kata-kata kesat pada beliau.

Bukan dituju pada Ustaz Ebit

Abu Syafiq juga telah tampil menjelaskan maksud posting beliau sebelum itu bukan ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew, namun masih ramai tidak berpuas hati.

Akibatnya Facebook beliau telah digodam, hilang terus dari radar. Dia kemudian beralih kepada Instagram bagi berkongsi kisah tentang beliau.

Ingin merebut jawatan besar

Terbaru, entah apa silapnya dan apa lagi cerita yang timbul berkenaan Ustaz Abu Syafiq yang menyebabkan beliau menulis satu posting mengatakan dirinya difitnah lagi.

Menurut beliau, dirinya telah menjadi mangsa fitnah individu yang mengaitkan dirinya mahu merebut jawatan besar. (Tapi takde pula Awang dengar apa-apa).

[fbcomments]