Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil menyuarakan pandangan susulan penularan gambar memaparkan seorang individu didakwa memijak al-Quran yang mengundang kemarahan ramai.

‘Memijak Al-Quran Adalah Satu Penghinaan Terbuka Terhadap Agama’ – Ustaz Wadi Annuar

Menerusi satu hantaran di Threads, beliau menegaskan bahawa perbuatan tersebut jelas mencabar sensitiviti umat Islam serta mencemarkan kesucian dan maruah agama. Katanya, tindakan memijak kitab suci itu merupakan satu bentuk penghinaan terbuka yang tidak boleh diterima dalam mana-mana masyarakat bertamadun, apatah lagi melibatkan perkara yang begitu mulia dan dihormati oleh umat Islam.

Dalam kenyataan sama, beliau menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas agar insiden seumpama itu tidak dipandang ringan atau diperlekehkan sesuka hati. Menurutnya, undang-undang perlu dilaksanakan dengan sewajarnya dalam isu yang menyentuh kesucian Islam.

Terdahulu, media sosial kecoh dengan penyebaran gambar memaparkan kaki seorang individu memijak al-Quran serta tangkap layar hantaran yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Susulan kejadian itu, seorang penuntut universiti berusia 21 tahun telah direman bagi membantu siasatan lanjut.

Kredit: Threads ustazwadiannuar

 

[fbcomments]