Doktor wanita termasuk seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas van hospital dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Renuk Gua Musang – Kuala Krai, Kelantan pagi tadi.
Berita duka itu dikongsi di laman Facebook Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) yang memberitahu bahawa mangsa Dr. Nooranisah Mohd Razali dan anaknya yang dikenali sebagai Yusuf meninggal dunia.
Difahamkan van berkenaan telah dinaiki lapan orang termasuk lima doktor dan pemandu. Setibanya di lokasi, van dipercayai terbabas ke dalam longkang sebelum terbalik.
Sepanjang wabak Covid-19, pembedahan dialihkan ke Hospital Gua Musang bagi memberikan lebih ruang dan kapasiti di Kuala Krai.
“Ditakdirkan Allah, kemalangan berlaku mengakibatkan seorang pegawai perubatan dan anak yang dibawa bersama meninggal dunia. Anak terpaksa dibawa kerana tugas selama seminggu,