fbpx

Tular satu video yang menunjukkan barisan panjang ambulan di luar hospital Moscow. Perkara itu telah mengejutkan orang ramai yang menontonnya.

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurang 45 buah ambulans membawa pesakit Covid-19 berbaris menunggu ‘giliran’ masuk ke hospital.

Ambulances queue outside hospitals in Moscow to deliver patients as Kremlin declares state of emergency.

Posted by Warren Sinden on Ahad, 12 April 2020

Pesakit terpaksa menunggu sehingga 15 jam untuk bertemu pakar.  Hal ini berlaku sebaik sahaja Kremlin mengisytiharkan darurat.

Moscow dan rantau lain ketika ini sedang dalam perintah berkurung hampir dua minggu, namun hospital kini berada dalam keadaan yang sangat sesak.

“Situasi di Moscow dan St. Petersburg agak tertekan dengan jumlah pesakit yang semakin bertambah,” kata jurucakap Dmitry Peskov dalam satu temubual di stesen televisyen tempatan.

[fbcomments]