fbpx

Anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid terjatuh ketika bermain skuter sehingga terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Siti di Instagram story miliknya yang berbunyi

“Malang tidak berbau. Anak ibu jatuh skuter. Kena masuk OT (dewan bedah). Doakan semoga Allah SWT permudahkan urusan.

Aafiyah difahamkan cedera bahagian tangan dan muka dan turut menerima beberapa jahitan di bahagian dagu.

Perkara itu juga menyebabkan Datuk Siti memohon maaf kepada pihak penganjur kerana terpaksa membatalkan persembahan di saat akhir disebabkan kemalanagan yang menimpa Aafiyah.

“Minta maaf kepada pelanggan kerana saya terpaksa membatalkan persembahan pada saat akhir disebabkan kemalangan yang menimpa anak saya,” katanya dalam Insta Story, malam Sabtu.

Alhamdulillah proses…

Terbaharu, Datuk Siti memaklumkan proses pembedahan yang dijalani Aafiyah berjalan lancar di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Siti sempat memuatnaik video dia sedang memujuk Aafiyah sebelum masuk ke bilik pembedahan.

Sekadar info, selain Aafiyah, Datuk Siti dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa juga dikurniakan seorang putera, Muhammad Afwa, 2

[fbcomments]