Sesiapa sahaja yang mendapat kereta baharu pasti akan rasa teruja. Namun, jangan seronok sangat sampai mengabaikan aspek keselamatan.
Begitu lah yang terjadi kepada seorang pembeli Kia Carnival di India. Mungkin kerana teruja untuk memandu kereta baharu, dia kemudian melanggar dinding di luar bilik pameran Kia.
Lebih mengharukan, insiden itu didakwa dirakam secara langsung untuk ditonton oleh ahli keluarga yang lain. Nampaknya pemilik kereta ni teruja sangat, tak sabar nak memandu dan terus memecut laju sebelum melanggar dinding.
