Sejak kebelakangan ini, kisah panas berkenaan anak kepada penyanyi terkenal, Nora Ariffin yang dipercayai terlibat dalam beberapa video bercumbu telah mendapat perhatian warganet.
Sehubungan itu, Nora dan anak perempuannya itu teruk dikecam netizen.
BACA : “Saya Mengaku Itu Anak Saya” – Nora Akui Video Viral Bercumbu Itu Adalah Anaknya
Zuher memohon maaf
Selepas Nora Ariffin membuat pengakuan mengenai video anaknya itu, kini Zuher pula tampil memohon maaf kepada seluruh keluarga Nora berikutan insiden tersebut.
Merayu delete video
Ibu Zuher juga membuat video permohonan maaf secara terbuka kepada Nora sekeluarga dan turut menjawab persoalan mengapa dia dan keluarganya sebelum ini hanya mendiamkan diri apabila video tersebut viral di media sosial.
Maya menjelaskan bahawa mereka belum mendapat kekuatan dan bersedia untuk berhadapan dengan orang ramai.
Dia turut memohon jasa baik netizen untuk berhenti berkongsi video tersebut di mana-mana platform bagi menjaga aib kedua-dua pihak.
Moga perkara ini menjadi pengajaran kepada kita semua diluar terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak masih remaja.