Sebelum ini telah tular isu Alllahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali yang tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah arwah suaminya selepas telah meninggu hampir satu jam.

Ali Puteh tampil menjelaskan dakwaan tersebut di Insagram miliknya, menjelaskan, dia tidak lagi mendiami rumah tersebut setelah ibunya, Sabariah Arshad meninggal dunia dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Ali terkejut apabila menjumpai taburan garam kasar, daun bidara dan bangkai mengkarung sebaik sahaja Hidayah pulang dari kediaman tersebut.

“Ini rumah arwah Abam, saya tidak tinggal di sini selepas ibu meninggal dunia.”

“Saya dapat tahu dari abang ipar dan adik, pagi tadi balu dan peguam datang ke sini tapi saya tidak tahu apa motif mereka.

“Saya bukan nak menyebarkan aib, tak baik. Cuma apa yang saya nampak adalah taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau tabur keliling rumah.

“Saya tak takut benda ni tapi kalau ditakdirkan saya mati sebab perkara sebegini saya reda. Tapi Islam tak pernah ajar.

“Yang paling memeranjatkan adalah jumpa bangkai mengkarung. Apa motif awak? Awak tahu kan rumah ini adik saya yang jagakan, dia ada anak kecil.

“Saya bukan nak buat fitnah, hampir tiga tahun saya tutup mulut tak nak buka aib. Apa awak cuba buat dengan ilmu khurafat?,” katanya.

Menurut pemerhatian, video tersebut telah dipadam dari Instagram miliknya kurang sejam selepas ia dimuatnaik.

Reaksi dari warga net pula, ramai nampaknya yang menjadikan perkara tersebut bahan jenaka, dan wayang semata-mata.

Hari ini,Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, memuat naik satu lagi hantaran buat mereka yang menganggap perkara tersebut bahan lawak.

Tidak kena pada anda semua..

Sudah pulangkan semula barang

Dalam hantaran yang sama,Ali turut meninggalkan kata-kata kepada individu yang dipercayai menabur ‘barang’ berkenaan iaitu Hidayah dan berharap agar Allah SWT memberikan keampunan dengan perbuatan tersebut.

Terdahulu, konflik antara Ali dan Hidayah mula menjadi perhatian umum selepas balu Abam memfailkan saman dek kerana kenyataan yang dibuatnya menerusi Instagram yang menggambarakan wanita itu sebagai seorang yang tamak.

Sumber: Xtra, Cincai

[fbcomments]