Baru-baru ini tular di Twitter gelagat seorang ibu yang menyambut kepulangan anaknya di salah sebuah lapangan terbang. Menerusi video yang dimuat naik oleh Makhail Amani, si ibu terpaksa menyembur seluruh badan adiknya serta bagasi yang dibawa pulang dengan disinfectant spray.
Lebih menarik perhatian apabila tindakan paranoid si ibu disaksikan oleh orang ramai di kawasan tersebut.
Mak dia lupa spray tapak kasut
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh si ibu. Ada juga yang sempat berseloroh mengatakan virus tersebut lemah apabila dipijak kerana si ibu lupa menyembur di bahagian bawah tapak kaki anak.

Walau bagaimanapun, tindakan si ibu telah mendapat pujian daripada netizen.