Baru-baru ini, penduduk di sekitar bandar Alor Setar, Kedah telah digemparkan dengan kejadian ‘kubur berdarah’ di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan.
Tanah mendap dan keluar darah
Terdapat sebuah video yang mendakwa terdapat sebuah kubur Islam dipenuhi darah. Namun bagaimanapun ada pihak mengatakan ia cecair berwarna merah seperti minyak.
Menurut laporan, jenazah itu dikebumikan kira-kira dua minggu lalu.
Saya mendapati ada cecair warna merah di atasnya dengan keadaan kubur mendap.– Penduduk setempat.
Membuat siasatan
Difahamkan juga pihak masjid ada membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk siasatan lanjut.
Jabatan Agama Islam Kedah juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini dan pihak berkenaan akan turun untuk membuat siasatan.
Arwah orang yang baik
Imam masjid kawasan tersebut menyetakan kesedihannya dan turut berharap keluarga arwah bersabar dan bertenang kerana ia sudah menjadi kes polis.
Arwah ni orang yang baik-baik dan baru dikebumikan kira-kira tiga minggu lalu dan meninggal dunia ketika berusia 70-an akibat sakit tua.
Sepanjang hayatnya, arwah banyak melakukan amal jariah dan kebajikan di masjid ini tapi apabila berita yang ditular tidak tepat, saya sedih dengan apa yang berlaku.
Beliau pada masa sama meminta orang ramai tidak memviralkan kejadian kerana maklumat yang disebarkan tersebut belum sahih.
Video berdurasi 19 saat itu memaparkan kejadian aneh menggemparkan masyarakat setempat hingga ramai penduduk datang untuk melihat sendiri keadaan itu.