Sangkakan kereta yang sedang mengundur keluar dari tempat letak kereta sedang dipandu seseorang, rupa-rupanya kereta tersebut mengundur dengan sendiri.
Begitulah yang terjadi menerusi hasil rakaman video yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna Facebook yang memaparkan kereta tersebut hampir melanggar kenderaan lain. Mujur dia berada di tempat kejadian dan sempat menahan kereta itu dari terus bergerak.
Nasib baik tak langgar kereta belakang
Semasa kejadian, dia sedang menunggang motosikal sebelum berhenti memberi laluan kepada sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang sedang mengundur.
Kereta itu dilihat mengundur secara perlahan namun tidak berhenti sehingga hampir melanggar kenderaan lain yang berada di belakangnya. Tindakan pantasnya yang turun dari motosikal dan menahan kereta tersebut dipuji netizen.
Lebih mengejutkan, kenderaan itu mengundur secara sendiri. Selepas itu, seorang wanita yang dipercayai merupakan pemilik kereta tersebut tiba dan pelik bagaimana kejadian itu berlaku.
Kejadian ini telah mendapat perhatian warganet dan ramai yang tergelak dengan tindakan pemilik kereta tersebut.