Seorang wanita berusia 20 tahun tular di media sosial apabila wanita bernama Nik itu bercerita tentang perkahwinan bersama suaminya yang lebih berusia.
Menurut wanita yang berasal dari Kuantan itu, dia tidak kisah dengan perbezaan umur kerana apa yang penting adalah dia sangat menyayangi warga emas.
Perkara itu menjadi bualan hangat apabila difahamkan wanita yang dikenali sebagai Nik itu telah berkahwin dua kali meskipun usianya yang agak muda.
Umur Nik 20 tahun, suami pulak 70 lebih.
Saya dan biasa dah kahwin dengan orang tua. Dari umur 18 dah habis sekolah terus kahwin. Ni kahwin kali kedua.
@aladamramadhan nik syg warga emas….
♬ original sound – CEO OF AI MANGA
Apabila ditanya tentang suami pertamanya, wanita berkenaan mendedahkan bahawa bekas suaminya telah meninggal dunia akibat sakit dada sebelum bertemu dengan pasangan baru.
@nik.164 #CapCut ♬ original sound – nik
Nik juga sempat bercerita bagaimana dia dipertemukan dengan suami keduanya itu.
Korang tak faham apa yang Nik rasa. Suami pertama akak dah meninggal sakit dada.
Mak tiri Nik cakap ada orang datang rumah nak jumpa. Lepas tu mama cakap lelaki tua, Nik cakap tak apa mama lelaki tua pun tak apa sebab Nik sayang warga emas.
Mama cakap dia ada kereta ada rumah sendiri. Nik pun happy senang lah nak bawa Nik pergi jalan-jalan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan Nik.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar perkahwinan kedua wanita itu bahagia hingga ke Jannah.
Sumber: Tiktok aladamramadhan, nik.164