fbpx

Gejala buli dan gengsterisme yang berlaku dalam kalangan remaja bukanlah satu perkara yang asing di Malaysia. Malah ia juga sudah seperti menjadi kebiasaan di kalangan remaja.

Namun tahukah anda, kes sebegini secara tidak langsung memberi kesan terhadap fizikal dan mental kepada mangsa sehingga boleh membuatkan mereka menjadi trauma seumur hidup.

Pelajar berusia 15 dan 14 tahun

Terbaru, telah tersebar satu video yang memaparkan seorang remaja telah menjadi mangsa buli. Difahamkan kejadian berlaku di PPR Block B, Kampung Muhibah Puchong berhampiran kawasan taman.

Kes Buli

Polis siasat kes buli pelajarCheras: Polis sudah menerima laporan berhubung kejadian buli membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Jalil, di sini.Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa semalam di Balai Polis Bukit Jalil."Kejadian dipercayai Isnin lalu apabila berlaku salah faham antara suspek yang berusia 15 dan 14 tahun."Mangsa dipukul menggunakan tangan dan kaki oleh kedua-dua suspek berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.Mohamed Mokhsein berkata, aksi berkenaan dirakam oleh seorang individu sebelum tular di media sosial sejak semalam."Seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan meleraikan pergaduhan terbabit."Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan," katanya.Menurutnya, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kejadian mengikutSeksyen 323 Kanun Keseksaan.▶️𝗛𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗿𝗼

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Khamis, 8 Oktober 2020

Polis juga sudah menerima laporan berhubung kejadian tersebut yang membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Jalil.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa semalam di Balai Polis Bukit Jalil.

Kejadian dipercayai Isnin lalu apabila berlaku salah faham antara suspek yang berusia 15 dan 14 tahun.

Mangsa siap kena flying kick tu

Menerusi video yang berdurasi 0:30 saat itu, memperlihatkan salah seorang daripada remaja yang tidak bertanggungjawab itu secara tiba-tiba telah menumbuk ke arah muka mangsa kemudian diikuti oleh remaja yang lain.

Lebih mengejutkan apabila melihat mangsa ditendang pada bahagian muka tetapi dia langsung tidak membalas apa-apa dan hanya mendiamkan diri sahaja.

Seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan meleraikan pergaduhan terbabit.

Mangsa dipukul menggunakan tangan dan kaki oleh kedua-dua suspek berkenaan.

[fbcomments]