Ili Najwa Anuar Hussin Saddique yang mencetuskan pelbagai persoalan berhubung majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar yang tular baru-baru ini telah memohon maaf atas kekhilafannya itu.
Illi tahu segala silap dan salah yang sudah berlaku atas kejahilan Illi dan Manpreet.
Malah, Illi turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang telah diheret sama dalam isu ini.
Saya masih Islam
Bagaimanapun, gadis yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya telah memeluk Islam sejak akhir tahun 2019 dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam acara tertutup.
Tegas Illi lagi, beliau tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa oleh netizen.
Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak tahun 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya.
Melangsungkan perkahwinan di India
Rakaman video resepsi perkahwinan mereka di India telah tersebar dengan memaparkan Manpreet mengenakan sut perkahwinan Punjabi yang lengkap dengan serban manakala Illi memakai pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mendakwa Illi berkahwin dengan Manpreet di salah sebuah kuil di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.
Jelas Ili lagi, perjalanan dia ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah.