Rakaman CCTV yang memaparkan seorang kanak-kanak tergantung di dalam lif selama 2 minit di bandar Daye, Hubei, China telah menarik perhatian warganet seluruh dunia.
Menurut laman web People’s Daily China, insiden itu mula berlaku selepas kanak-kanak tersebut melangkah masuk ke dalam lif secara sendirian dengan tali yang terikat di pergelangan tangannya. Belum sempat pengasuhnya itu masuk, lif tersebut telah tertutup dengan sendirinya.
Lif tersebut yang telah bergerak menyebabkan kanak-kanak itu ditarik naik ke bahagian atas lif tersebut. Insiden itu menyebabkan kanak-kanak itu tergantung hampir 2 minit di situ.
Mujur lif itu berhenti selepas mengesan pergerakan yang luar biasa didalamnya. Selepas mode kecemasan diaktifkan, lif tersebut berhenti dan mula naik, membolehkan kanak-kanak itu kembali berdiri seperti biasa.
Dia kemudiannya diselamatkan oleh pasukan penyelenggaraan bangunan dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.