Meruntun jiwa! Itu saja yang boleh digambarkan terhadap video yang mula viral ini.
Menerusi video berkenaan, terdapat dua kanak-kanak yang duduk di hadapan sebuah restoran terkenal yang terletak di Sabah.
The moment when u see this true reaction from the less fortunate kids. I’m speechless….. God bless 🙏🏼 Covid virus pls go away ! The people are suffering 🥺
Posted by Samuel Lee Wui Phung on Sunday, November 1, 2020
Berdasarkan pemakaian dan kelakuan kanak-kanak itu, boleh dilihat mereka berkemungkinan terdiri dalam kalangan golongan kurang berkemampuan.
Oleh kerana rasa simpati dengan nasib mereka, individu tersebut terus menghulur sedikit wang dan juga makanan ayam goreng.
Pada awalnya saya bagi duit dekat mereka, tapi bila saya nampak mereka kira duit tu saya terus sebak. Mata basah!
Lepas tu teman wanita saya pula berlenja mereka ayam goreng, kesian.
Lebih mencuri perhatian apabila reaksi mereka selepas mendapat makanan itu sangat menyentuh hati kerana masing-masing tersenyum gembira.