Sebagai seorang ibu bapa, anda disarankan untuk lebih sensitif, berwaspada dan sentiasalah meningkatkan keselamatan anak tak kira di mana sahaja berada.
Namun tular satu rakaman video CCTV di stesen minyak ini dimana kelihatan sepasang suami isteri dengan seorang anak kecilnya selepas mengisi minyak motor.
Si bapa tolak motor, ibu leka dengan handbag
Di dalam CCTV tersebut menunjukkan apabila selesai sahaja mengisi minyak, ayahnya telah menolak motor. Manakala si ibu pula sedang leka dengan handbag yang dibawa. (Mungkin nak simpan baki duit isi minyak). Manakala anak mereka pula hanya berdiri tegak sahaja di belakang.
Namun malang tidak berbau apabila muncul sebuah kereta dari arah belakang dan telah melanggar kanak-kanak tersebut.
Diharap ibu bapa di luar sana mengambil pengajaran dan iktibar daripada video ini. Jangan sekali-kali leka dan cuai sehingga menyebabkan penyesalan sehingga akhir hayat.