fbpx

Baru-baru ni, tular satu video di Twitter menunjukkan rakaman dashcam dari sebuah kereta yang sempat merakam pelanggaran antara sebuah kereta dan motor.

Video berdurasi 1 minit itu menunjukkan seorang penunggang motosikal dipercayai melanggar lampu isyarat merah dan menunggang motosikalnya dengan laju ketika kenderaan dari arah kiri sedang bergerak.

Akibatnya, penunggang motosikal itu tercampak beberapa meter namun bingkas bangun dan berjalan beberapa langkah lalu bersilat.

Penunggang motor kemudian dilihat mendekati motornya sambil memegang lutut dan sempat mundar-mandir berdekatan motor, malah kembali menyambung langkah silatnya sekali lagi.

Gelagat penunggang tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen.

Walau bagaimanapun, sehingga kini lokasi kejadian masih tidak dapat dipastikan.

[fbcomments]