Seorang wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap kepingan konkrit pembinaan lebuh raya di Jalan Sungai Besi.

Kejadian yang berlaku pada jam 4:30 petang itu tular di media sosial apabila satu video menunjukkan mangsa dibantu keluar daripada kenderaannya oleh orang ramai selepas dihempap konkrit berkenaan.

KERETA DIHEMPAP KONKRIT, PEMANDU TERSELAMATSeorang wanita nyaris maut apabila keretanya ditimpa batu konkrit struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang jatuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini petang tadi.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala Ampang itu, mangsa dilaporkan hanya cedera pada tangan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk rawatan.Insiden menyebabkan wanita berkenaan terperangkap dalam kereta PROTON Saga FLX dipandunya yang remuk pada bahagian bumbung selepas ditimpa kepingan konkrit dianggarkan bersaiz 1 meter persegi.Keadaan kereta mangsa ditimpa batu konkrit struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang jatuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). – NSTP/Ihsan pembacaKeadaan kereta mangsa ditimpa batu konkrit struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang jatuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). – NSTP/Ihsan pembacaMangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian, tidak lama selepas itu sebelum dihantar ke PPUKM.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya, berkata identiti wanita terbabit masih belum diperolehi setakat ini."Wanita berkenaan cedera pada tangan dan dihantar ke PPUKM untuk rawatan. Tiada mangsa atau kenderaan lain terbabit dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, kejadian juga menyebabkan gangguan lalu lintas sehingga ke Lebuhraya Shah Alam (KESAS).Katanya, kerja mengalihkan kenderaan terbabit mengambil masa kira-kira dua jam sebelum satu lorong di laluan itu yang terjejas akibat kejadian, dapat dibuka semula."Siasatan lanjut berhubung punca kejadian masih dijalankan oleh polis," katanya.- BH

Posted by Suara.TV on Sabtu, 19 September 2020

Konkrit sebesar satu meter persegi

Difahamkan konkrit tersebut sebesar satu meter persegi yang menghempap bumbung kereta mangsa.

Insiden berkenaan disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

Mangsa cedera di tangan dan (sudah) dibawa ke hospital untuk rawatan.

[fbcomments]