fbpx

Orang kata jodoh tu tak kenal usia,ada yang dapat jodoh pada usia muda dan begitu juga sebaliknya. Begitulah dengan pasangan muda ini yang tengah menjadi buah mulut netizen di aplikasi TikTok.

Pasangan pengantin usia 15 & 17 tahun

Seorang pengguna yang dikenali sebagai Hariafiqah, telah memuat naik beberapa video mengenai majlis perkahwinan satu pasangan muda.

Menurut wanita tersebut, pengantin wanita itu merupakan anak saudaranya yang baru sahaja berumur 15 tahun dan pasangannya pula berusia 17 tahun.

@hariafiqah1

Reply to @nysrnaa_ doa kan smoga berkekalan💙😍

♬ Selamat Pengantin Baru – Zaleha Hamid

Dalam kenyataan sumber juga, majlis perkahwinan ini telah berlangsung Tanah Merah, Kelantan.

Sekolah lagi dik,

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan pelbagai maklum balas. Ada diatara mereka tidak kisah dengan perkahwinan tersebut kerana dilihat dapat mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku dan ada juga yang berasa kurang senang memandangkan mereka masih lagi dibawah umur.

[fbcomments]