Patung dewa perang raksasa Kwan Sing Tee Koen di kawasan Kuil Kwan Sing Bio di Kabupaten Tuban, Jawa Timur, tiba-tiba runtuh.
Belum diketahui apa yang menyebabkan patung itu runtuh. Tetapi yang pasti, kejadian itu telah mengejutkan masyarakat di sekitar kuil.
Patung itu dirasmikan pada 17 Julai 2017 dan memenangi gelaran patung Dewa Kwan Kong tertinggi di Indonesia dan Asia Tenggara.
Seorang saksi yang dikenali dengan nama Jasman, 50, yang juga penduduk tempatan, mendakwa kedengaran ada suara gemuruh yang tidak diketahui dari mana datangnya sebelum patung itu runtuh.
Difahamkan pembinaan patung Dewa Perang itu menelan belanja anggaran Rp2.5 miliar atau sekitar RM700 Ribu dengan dana datang dari berbagai penderma di Surabaya.