Selepas mendapat kecaman teruk, pemandu wanita yang videonya tular kerana memaki hamun pengguna jalan raya lain dalam satu insiden pada baru-baru ini, akhirnya memohon maaf.
Wanita tersebut dikenali sebagai Prof Madya Dr Bahariah Khalid memohon maaf secara terbuka melalui laman sosial Instagram miliknya.

Kisah wanita ini menjadi perhatian netizen sejak videonya yang menghamburkan kata-kata kesat kepada pemandu lain menjadi tular.
Seorang pengguna bernama Fadzmin memperlihatkan kereta yang dipandu wanita itu telah membuat pusingan U sehingga hampir bertembung dengan keretanya.
