Pengarah slot Samarinda TV3, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, Shuhaimi Lua kecewa apabila beberapa babak dalam drama itu dipotong dan tidak ditayangkan.

Drama ini menampilkan plot cerita yang sangat menarik lebih-lebih lagi, apabila pengarahnya ‘mengetengahkan’ isu pemakaian susuk. Namun begitu, beberapa adegan dalam drama tersebut dipercayai sudah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) atas sebab tidak sesuai ditayangkan kepada umum.

Sedih babak dipotong

Pelakon utamanya Sharifah Sakinah meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila kerja kerasnya semasa melakukan sebuah adegan tidak dapat disiarkan dalam episod kelima.

Scene ni ingat lagi pukul 5 pagi dekat sungai, tetiba kena delete. Penatnya berlakon pastu kena delete. Bye.

Menurut Sharifah Sakinah, babak dia bersama Embun (Lana Nodin) di sebatang sungai telah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem. Tambahnya, dia berasa penat apabila babak yang dirakam pada pukul 5 pagi itu tidak dapat ditayangkan kepada umum.

Rasanya macam sedih pun ada, geram pun ada. Banyak scene seram dipoyong dan dipendekkan dalam #akuyangkaugelaristeri Rasa down pun ada. Banyak scene seram di potong episod 5 malam ni. Contoh scene di bawah. Rasa boleh berhentikan kot mengarah!

[fbcomments]