Bagi setiap pasangan pengantin baru pasti mengimpikan memori sebagai ‘raja sehari’ dirakam agar dapat dijadikan satu bibit indah di awal perkahwinan.
Namun lain pula yang terjadi pada pasangan ini apabila kualiti dan kreativiti video perkahwinan mereka tidak sama seperti apa yang mereka harapkan. Hasil suntingan akhir dari juruvideo yang diupah mereka sungguh mengecewakan walaupun mengambil masa lebih 5 bulan untuk disiapkan.
Janji dah siap tapi tak siap-siap
Difahamkan pakej yang ditawarkan adalah RM2200 termasuk rakaman drone. Oleh sebab teruja dengan pakej yang disediakan, mangsa bersetuju untuk mengambil juruvideo tersebut pada hari perkahwinannya.
Dia bernikah pada 18 Disember tahun lalu, namun proses untuk menyiapkan video memakan masa berbulan-bulan. Apabila dia bertanya kepada juruvideo tersebut pada bulan Februari 2020, dia hanya memberi jawapan bahawa video telah siap disunting. Namun tidak memberi nombor tracking bagi tujuan penghantaran.


Akhirnya setelah berbulan menanti, pihak juruvideo pun menghantar video miliknya pada bulan Jun 2020. Tapi malangnya, hasil video tersebut seperti baru disunting sehari sebelum dihantar kepadanya.
Tak cukup dengan tu, gegaran pada video juga kelihatan sungguh jelas dan membuktikan bahawa juruvideo berkenaan hanya membuat kerja sambil lewa.
Buat laporan polis
Akhirnya, mangsa membuat laporan polis terhadap juruvideo berkenaan kerana tidak memberi penjelasan yang kukuh terhadap hasil video tersebut.

Pihak juruvideo bagai melarikan diri darinya selepas didesak mengenai hasil kualiti video tersebut. Segala impian untuk menyimpan memori perkahwinannya musnah apabila ditipu oleh juruvideo yang hanya menaburkan janji-janji manis kepadanya.