Penumpang monorel berdepan detik cemas selepas salah satu gerabak monorel berkenaan yang sedang beroperasi itu tiba-tiba terbakar di Stesen Jalan Maharajalela pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohamad Iqbal Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 7.27 pagi.

Susulan itu, lima jentera dengan kekuatan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu ke bergegas ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi terdapat kebakaran membabitkan sebuah gerabak monorel berkenaan.

Menurutnya, semua penumpang sudah diturunkan sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. Bagaimanapun, tiada individu yang cedera.

Gerabak monorel terbakar, penumpang selamat

#BuletinBernama : Perkhidmatan monorel di Stesen Monorel Maharajalela, Jalan Maharajalela di ibu negara, tergendala selepas dua buah gerabak monorel terbakar, pagi tadi.

Sepasukan 21 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 7.27 pagi.

Posted by Bernama TV on Wednesday, December 23, 2020

[fbcomments]