Kes warga emas OKU yang ditumbuk dan disamun pada Sabtu lalu di Lebuh Cina, Georgetown telah berjaya diberkas polis kurang daripada satu jam selepas kejadian.
Menurut pihak polis, suspek berusia 32 tahun itu mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk lima kes dadah.
Video seorang warga emas lelaki yang berkerusi roda ditumbuk seorang suspek lelaki dalam kejadian cubaan samun di tepi Jalan Lebuh Cina di sini Sabtu lalu
Posted by Bawang Rangers on Tuesday, November 17, 2020
Dihampiri seorang lelaki
Menurut laporan daripada media tempatan, mangsa berusia 66 tahun dan berkerusi roda sedang berbual dengan rakannya di tepi jalan kira-kira jam 9.30 pagi sebelum dihampiri seorang lelaki.
Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) jelas kelihatan suspek cuba merentap beg silang yang dipakai oleh mangsa tetapi tidak berjaya sehingga mangsa ditolak dan ditumbuk berkali-kali di bahagian muka tanpa belas ihsan sebelum suspek melarikan diri ke arah motosikal yang dipandu oleh rakannya.
Mengalami kecederaan
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, mangsa merupakan seorang gelandangan yang patah kaki akibat kemalangan.
Namun kini, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian muka pula.