Tahukah anda bahawa ajaran sesat telah mula dikesan bergerak di Malaysia sebelum tahun 1950-an lagi. Kebanyakan ajaran sesat bergerak
secara senyap-senyap atau tanpa disedari menyebabkan ia sukar
dikesan dan dibanteras oleh pihak berkuasa agama dengan lebih
awal.
Pada tahun 1991, Malaysia pernah digemparkan dengan Ajaran Haji Kahar Bin Ahmad yang difatwakan sesat dimana pengikutnya mendakwa Haji Kahar sebagai Rasul Kahar.
Ajaran Rasul Melayu kembali aktif
Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan berita menyatakan ‘Rasul Melayu’ telah kembali aktif dan menyebarkan ajarannya.
Malah setakat September 2020,seramai 16 pengikutnya telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di tiga lokasi berbeza.
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Abdul Kahar Ahmad ditahan di sebuah rumah di Kemensah, Ulu Klang selepas empat tahun dibebaskan (dibebaskan penjara pada tahun 2016).
Penahanan itu susulan risikan dan maklumat orang awam yang banyak membantu menyalurkan maklumat sejak beberapa bulan lalu sehingga JAIS berjaya menahanny.
Aktif dengan modus operandi baru
Mohd Shahzihan berkata, melalui risikan dan maklumat awam yang diterima oleh JAIS, ajaran ini dipercayai kembali aktif dengan modus operandi baru.
Mereka menggunakan kumpulan WhatsApp dan kumpulan Facebook untuk berinteraksi dengan pengikut, berkongsi pandangan dan sebarkan ajaran.
Beliau berkata, mereka disiasat lanjut mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Doktrin Palsu); Seksyen 8, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Dakwaan Palsu) dan Seksyen 12(c), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Menghina Pihak Berkuasa Agama).
Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 13, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Pendapat yang Bertentangan Dengan Fatwa); Seksyen 16, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Penerbitan Agama yang Bertentangan Dengan Hukum Syarak) dan Seksyen 52, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Percubaan).
Seramai 97 orang ahli
Debat Ustaz Adli bersama pengikut ajaran sesat Rasul Kahar.
Ini dia! Video debat ustaz Adli dengan pengikut Rasul Kahar (mengaku Rasul melayu) . Macam nak bertumbuk.
Sebelah Ustaz Adli tu abang ipar beliau. Ustaz Adli (berkopiah putih) dan abang ipar beliau ada silat.
Video ada banyak lagi. Tapi dalam tu ada gambar orang tak tutup aurat jadi saya tak upload
Sumber: Hadi Akmal
Posted by Persatuan Bangsa Johor on Friday, October 16, 2020
Dalam kumpulan WhatsApp itu ada kira-kira 97 orang, yang ditahan 17, jadi JAIS sedang mengesan saki baki ahli kumpulan ajaran sesat ini.
JAIS juga sedang menyiasat, memperhalusi dan memperincikan 17 lagi kumpulan ajaran sesat termasuk beberapa ajaran sesat yang baru.
Pada Oktober 2009, Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Abdul Kahar dipenjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan.