Siapa sangka berada di lebuhraya juga masih terdedah kepada kes rompakan namun itulah yang terjadi pada pekerja syarikat pengedar emas ini apabila diserang perompak bersenjata di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) sekitar jam 3.35 petang.
Difahamkan kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan mengedarkan barang kemas di sekitar Kuala Lumpur, dihalang tiga lelaki menaiki dua kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna hitam, yang kemudiannya memecahkan cermin kereta dan membawa lari kereta itu.
Kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 47 dan 21 tahun itu ditarik keluar dari kereta, dan ditinggalkan di tepi jalan. Mereka turut mengalami kecederaan akibat terkena serpihan cermin yang pecah.
Sewaktu kejadian, kesemua suspek memakai baju lengan panjang dan topeng muka jenis ski mask.

Lebih tragis, kenderaan mangsa telah ditemui beberapa jam selepas kejadian dalam keadaan terbakar di Damansara, Petaling Jaya. qwKedua-dua mangsa pula dilaporkan mengalami kecederaan akibat terkena serpihan cermin yang dipecahkan suspek.