Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berhubung tindakan remaja melempar kucing seperti yang tular di laman sosial.
Menerusi video itu menunjukkan seorang remaja lelaki telah mengusap seekor kucing sebelum melemparnya ke belakang. Difahamkan kejadian berlaku di Sarawak,
Persatuan Haiwan Malaysia menerima maklumat mengenai kejadian itu dan turut mendapat butiran seperti nombor telefon serta akaun laman sosial remaja lelaki terbabit.
Bagi mendapat kepastian, saya cuba menghubungi nombor itu tetapi gagal manakala akaun Instagram (IG) remaja berkenaan juga sudah dinyahaktif dipercayai selepas diserang oleh warganet.
Justeru, orang ramai, rakan, kenalan atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada persatuan dengan menghantar kiriman Whatsapp ke nombor 011-20901097 dengan segera.
Perbuatan tidak berakal
Merakam dan memuat naik video melempar kucing demi mendapat perhatian di TikTok atau apa jua aplikasi laman sosial adalah perbuatan individu tidak berakal.
Pelaku menganggapnya sebagai satu hiburan sedangkan ia adalah satu jenayah dan satu bentuk kezaliman kerana boleh mendatangkan kecederaan, ketakutan, trauma dan kematian terhadap haiwan yang menjadi mangsa .
Budaya memperalatkan haiwan demi mengumpul pengikut dan meraih tontonan video yang tinggi perlu dihentikan malah pelaku perlu ditangkap sebagai pengajaran supaya tidak menjadi ikutan pengguna TikTok yang lain.
Campak Kucing Demi Video TikTok!
CAMPAK KUCING DEMI VIDEO TIKTOK.
Remaja Lelaki Kini Diburu Persatuan Haiwan Malaysia!
Pada setiap bulan, pasti ada sahaja sekurang-kurangnya satu kes yang melibatkan kekejaman haiwan berlaku di Malaysia. Situasi ini menimbuIkan persoalan buat kita semua, apakah yang bermain dalam fikiran si peIaku semasa sedang menganaiya haiwan tersebut?
Terbaru, tular sebuah video TikTok yang melihatkan seorang remaja lelaki menjadikan kucing sebagai hiburan dalam videonya. Dalam video tersebut, remaja itu pada mulanya hanya memegang kucing dengan latar belakang muzik lagu daripada Indonesia, lalu secara tiba-tiba mencampaknya ke belakang tanpa belas kasihan..
Malah, adegan mencampak kucing itu turut disertakan dengan kesan gerak perlahan (slow motion), membuatkan setiap apa yang berlaku di dalam video itu jelas untuk dilihat.
Meskipun kucing mempunyai keupayaan untuk meIompat daripada tempat yang tinggi, perbuatan mencampak kucing boleh mengakibatkan kecederaan kepada haiwan kecil itu.
Video ini tular secara meluas di media sosial, sehingga mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia (PHM). Menurut hantaran yang dimuat naik di Facebook, PHM mendkwa perbuatan meIempar kucing merupakan satu jenayah yang boeh mendatangkan kecederaan, ketakutan dan melibatkan kematian.
“Dia perlu ditngkap supaya menjadi peIajaran kepada warga tik tok di luar sana agar tidak mengikuti jejak budak lelaki ini memngsakan kucing sebagai medium untuk beraksi”
PHM juga berharap agar budaya menjadikan haiwan sebagai pelaris video TikTok perlu dihentikan dengan segera. Di akhir hantaran tersebut, PHM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat terperinci berkenaan remaja lelaki itu agar melaporkan segera kepada mereka.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 😊
Posted by Detective Konon on Friday, December 4, 2020