[VIDEO] Rupanya Bekas Polis Samun Wanita China Ini Terbabit Kes Dadah & Telah Dibuang Kerja
Tular semalam satu video di mana seorang wanita berusia 29 tahun warga China telah disamun oleh tiga individu.
Kejadian dipercayai berlaku pada 23 Ogos, jam sekitar 7.00 petang di sebuah kedai makan di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana. Tangan mangsa dipegang dan terus diheret ke kawasan parkir kereta berdekatan.
KENYATAAN MEDIATAJUK: MAKLUMAN KES SAMUN DAN MENYAMAR POLISTEMPAT KEJADIAN:Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana 55300 Kuala LumpurRINGKASAN KES:Pada 23/8/2020 jam lebih kurang 7.00 petang semasa mangsa 1(P) warganegara China umur (29) tahun kerja jurujual sedang minum bersama rakan di Sebuah kedai makan di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana, telah datang suspek ( 3 ) lelaki disyaki warga tempatan mengenalkan diri sebagai polis. Suspek telah bertindak memegang kedua-dua belah tangan mangsa dan kemudian telah menarik mangsa ke kawasan letak kereta. Mangsa menjerit meminta tolong dan orang awam memberi bantuan kepada mangsa. ( 2 ) suspek melarikan diri manakala seorang suspek warga tempatan umur 46 tahun kerja polis (Status Tahan Kerja) berjaya ditangkap. Mangsa mengalami kerugian wang tunai lebih kurang RM5,000 dan barangan peralatan solekan wanita. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.Usaha mengesan dan menangkap (2) suspek yang telah dikenalpasti masih dijalankan. KESALAHAN:Kes telah diklasifikasi di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu Samun Berkumpulan.HUKUMAN:Boleh dipenjara selama tempoh dua puluh tahun dan boleh dikenakan sebat.▶️IPD Ampang Jaya
Menurut laporan berita, suspek kes samun ini berjaya ditahan dan dia merupakan salah seorang bekas anggota polis yang diberhentikan kerja kerana terbabit dengan kes dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata suspek yang berusia 46 tahun itu telah diberhentikan kerja pada 18 Julai 2018.
Suspek telah diberhentikan kerja kerana disabitkan kes dadah di Terengganu.
Mangsa kerugian RM5,000
Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa berusia 29 tahun yang sedang minum di kedai makan, dihampiri suspek bersama dua rakannya yang mengenalkan diri sebagai anggota polis dengan mangsa kerugian wang tunai hampir RM5,000 dan barangan persolekan.
Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini polis sedang giat memburu dua rakan suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.