fbpx

Sejak kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan kes kemalangan yang membabitkan pemandu mabuk sehingga telah meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain. Hal ini secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Terbaru, seorang pekerja kilang maut manakala isterinya mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh pemandu mabuk.

#SeberangJaya Suami maut, isteri cedera dirempuh pemandu mabuk

Kejadian Alza langgar belakang motorsikal pukul 4.30 pagi tadi di Lebuhraya PLUS. Yang Kena langgar suami mati, pembonceng si isteri dimasukkan ke icu hospital sbrg jaya. Menurut info yang kami terima, pemandu Alza tersebut berkemungkinan mabuk. Tempat kejadian antara Susur keluar jambatan dari arah juru menuju sbrg jaya berdekatan Susur keluar ke pacificBERITA PENUH >>> https://www.penangkini.com/2020/02/seberangjaya-suami-maut-isteri-cedera.html

Posted by Penang Kini on Sabtu, 8 Februari 2020

Kebahagian hampir musnah

Kebahagiaan keluarga ini hampir musnah akibat seorang pemandu mabuk yang durjana. Lima anak ini menjadi anak yatim dalam sekelip mata. Si ibu pula masih bertarung nyawa di ICU Hospital Seberang Jaya.

Kelima-lima anak ini masih bersekolah dan yang sulung baru berusia 16 tahun. Manakala yang kecil berusia setahun sembilan bulan.

Bantu mereka untuk menampung perbelanjaan

Difahamkan lima beradik ini kini tinggal bersama dengan atuk mereka di Butterworth. Jika anda berkemampuan, bolehlah menghulurkan bantuan kepada mereka bagi menampung perbelanjaan dan meneruskan kehidupan harian.

Alamat rumah tok mereka di No 4 Pintas Berani 2, Jalan Mohd Saad Butterworth. Anda juga boleh hubungi ibu saudara mereka, Noorlyana Hasan di talian 01137979717 untuk sebarang pertanyaan atau menghulurkan bantuan.

Anda juga boleh terus menghulurkan sumbangan ke 20711200073174 di RHB Bank atas nama Noorlyana Hasan.

Sama-sama kita doakan agar ibu anak-anak ini, Puan Zuriana Bt Hassan cepat sembuh. Anak-anak ini dahagakan kasih sorang ibu.

[fbcomments]