Sekurang-kurangnya 10 terbunuh selepas seorang tentera Thailand melepaskan tembakan di bandar Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand semalam.
Polis sudah mengenal pasti suspek sebagai Jakrapanth Thomma yang mana dia memuat naik kenyataan di Facebook: “Kematian tidak dapat dielakkan untuk semua orang.”
Dia juga turut menyiarkan gambar sambil memegang senjata api.
Tembakan rambang
Jurucakap polis, Kissana Phathanacharoen berkata, tentera itu melepaskan tembakan di lokasi yang berbeza di bandar terbabit yang terletak 250 kilometer dari Bangkok.
Media tempatan Thairath melaporkan, seramai 12 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Bertengkar dengan orang atasan
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, Lt. Gen berkata suspek dipercayai telah bertengkar dengan orang atasan di tempatnya bekerja dan disebabkan terlalu berang suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah individu tersebut.
Suspek kemudian telah mencuri senjata individu berkenaan dan menembak rakan-rakannya yang lain. Tidak cukup dengan itu, suspek dipercayai telah memasuki kawasan pusat membeli-belah dan menyerang orang awam yang berada di sekitar kawasan berkenaan.
Kemarahan yang membuak
Jurucakap kementerian pertahanan, Kongcheep Tantrawanit berkata, pihaknya masih tidak mengetahui punca suspek melakukan tindakan itu, bagaimanapun dia kelihatan sedang marah.
Seorang wanita yang ditemuramah oleh televisyen Thailand’s Channel One berkata, dia mendengar tembakan ketika berada di pusat beli-belah dan bersembunyi di kedai pakaian sebelum melarikan diri.