Pagi tadi kita telah dikejutkan dengan kejadian kapal karam, 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak. Perkara ini telah disahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Pada jam 9.29 pagi tadi empat kru yang hilang telah ditemui pada berhampiran lokasi kejadian dan mereka telah dibawa ke kapal-kapal yang terlibat di dalam Operasi Carilamat.
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya menerima aduan daripa kapal Sapura Construction yang melaporkan isyarat kecemasan daripada kapal, 6.45 pagi tadi.
Kabel sauh Kapal Dayang Topaz terputus
Menurut laporan terkini, kesemua mangsa yang terjun ke laut sejumlah 124 orang telah berjaya diselamatkan manakala seorang meninggal dunia, 62 kru masih berada di atas kapal Dayang Topaz.
Berdasarkan maklumat awal, kejadian disyaki berpunca daripada salah satu kabel sauh terputus ekoran daripada cuaca buruk dan kapal tidak dapat dikawal lantas hanyut melanggar platform pelantar Minyak baram.
“Kejadian dipercayai berlaku akibat angin serta ombak yang kuat.” – Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman.