Kalau korang ikut perkembangan semasa, kes COVID 19 di negara jiran kita, Indonesia semakin lama semakin memburuk tau. Jumlah kes kini dilaporkan sudah melebihi 245,000 dan kes harian yang terbaru pula mencecah 3,989 sehari.

Luahan penggali kubur

Untuk pengetahuan, kes kematian di Indonesia kini sudah lebih 9,553 kes. Malah hampir setiap hari, beratus kematian dicatatkan sehingga menjadikan tanah perkuburan di Indonesia semakin sesak.

Menerusi perkongsian seorang penulis novel popular, Syurga Yang Tak Dirindukan ini, beliau ada memuat naik sebuah video luahan para penggali kubur di Indonesia yang sudah semakin penat setiap hari menggali kubur jenazah COVID 19 tanpa henti.

Gali 40 lubang sehari

Menurut seorang penggali kubur ini, tanah perkuburan yang baru dibuka 3 minggu lalu pun hampir penuh dengan lebih 700 jenazah COVID 19 ditanam di sana.

Katanya, kalau sebelum COVID 19 mungkin hanya 3 ke 4 lubang yang perlu digali setiap hari tetapi semenjak wabak menular, mereka terpaksa menggali kubur sebanyak 40 buah lubang dalam sehari.

Terpaksa gali lubang kubur sehingga malam

Menurutnya lagi, mereka terpaksa bekerja dari pukul 7 pagi sehinggalah jam 10 malam setiap hari!

Malam-malam jam 9 masih menggali dalam keadaan hujan turun deras. Ya kalau kami-kami di sini gak kerjanya ekstra mungkin kasihan juga banyak jenazah yang terlantar.

Tambah Adang lagi, dia juga sudah terlalu penat terpaksa menguburkan jenazah hampir 30 ke 40 orang sehari. Oleh itu dia meminta masyarakat Indonesia untuk tolong patuhi arahan kerajaan.

[fbcomments]