Polis menahan dua remaja berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan berhubung video tular kejadian langgar lari polis, di kawasan tempat letak kereta sebuah restoran di Bandar Baru Bangi, awal pagi tadi.

Cubaan lari dari polis… Bandar Baru Bangi

Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Tuesday, March 9, 2021

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian pada pukul 3.04 pagi, polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan tempat letak kereta berkenaan.”Anggota terbabit menghampiri kereta berkenaan dan cuba membuat pemeriksaan dengan menyuluh ke dalam serta mengetuk cermin kereta berkenaan dan mendapati seorang lelaki dan perempuan berada di dalam kenderaan itu

Sebaik sahaja polis mengarahkan pasangan itu keluar, suspek lelaki yang berada di tempat duduk pemandu bertindak memecut kereta dengan melanggar motosikal serta anggota yang berada di hadapan kenderaan mereka.

Difahamkan anggota yang berada di hadapan kereta itu terpaksa berpaut dalam keadaan kereta bergerak dengan jarak kira-kira 150 meter sebelum suspek berjaya memecutkan kenderaannya ke arah Jalan Persiaran Jaya Bandar Baru Bangi.

Akibat daripada pelanggaran itu, salah seorang anggota polis katanya, mengalami kecederaan ringan serta motosikal rosak.

[fbcomments]