Gara-gara meredah banjir dengan menunggang motosikal, lelaki warga emas yang lebih mesra dengan panggilan Uncle Fu ini hampir kehilangan nyawa selepas terjatuh dari motor yang ditunggangnya dan dihanyut arus deras banjir.
Berpaut pada pokok
Namun walau bagaimanapun, menurut perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Sharifah Talha Shebib ini, semasa kejadian tersebut, Uncle Fu dipercayai telah tersangkut pada pokok sawit tidak jauh dari lokasi tersebut.
KISAH UNCLE FU, LINGGI (PROJECT BELI MOTOR GANTI MOTOR KAPCAI YG HANYUT)
Allhamdullilah ramai yg perihatin dgn uncle Fu ye.. Umi Dan suruh Dan wakil Kan seseorang untuk cek Harga motor dpt yg murah sikit ke tgk berapa collection Dana nanti Dan sedikit tambahan dari Umi inshaallah. Ini Ada video semasa dia tengah di selamatkan pagi tadi…Allah saja yg membalas Dan memberi Ganjaran bagi penyelamat2 tersebut.
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)*MENOLONG SATU NYAWA SEPERTI MENYELAMATKAN SELURUH UMAT MANUSIA*
Ini Video semasa proces MENYELAMATKAN Uncle Fu.
Maybank
11-432-904-0441
Sharifah TalhaPosted by Sharifah Talha Shebib on Tuesday, November 3, 2020
Dia berpaut disitu sementara ada yang datang membantunya.
Nasib ada yang nampak, mereka cepat-cepat cari dia dan nasib uncle tu paut dipokok2 , Alhamdullilah dia dapat di selamatkan, tapi yang sedih motornya hanyut entah kemana, dan ic serta dompet Dan lain2 barangnya, kesian sangat..pasni macam manalah uncle ni nak bergerak..kapcai die dh hanyut…
Ambil barang makanan awal bulan
Menurut kenyataan Puan Sharifah Talha Shebib, Uncle Fu Kaw merupakan seorang warga emas yang susah dan terpaksa mencari rezeki seorang diri demi melangsungkan kehidupannya bersama isteri tercinta yang sakit terlantar di sebuah rumah yang usang di pedalaman hutan.
Uncle Fu sanggup meredah banjir hanya kerana ingin mendapatkan bekalan makanan dan keperluan di kedai runcit milik wanita ini.
SubhanAllah hari ini Umi dapat berita pasal Uncle Fu. Seorang berbangsa Cina kami panggil uncle Fu. Kerjanya kutip kotak setiap hari dengan motor kapcainya untuk cari sikit sebanyak pendapatan. Dia tinggal di Permatang Pasir jauh dalam hutan disebuah pondok buruk, berlantaikan tanah bersama isterinya yang uzur. Setiap bulan, tepat 1 hb dia akan datang ke Taiba Supermarket dan tanya Shuhada (pekerja Umi seorang Mualaf dengan bahasa cinanya) ” Sudah boleh ambik “? Sebab setiap bulan Umi beritahu dia boleh ambil apa-apa saja barang makan keperluan dia.
Dan mashaAllah, memang punctual sangat, tak pernah lewat. Cute Umi tengok dia. SubhanAllah. Bila tengok dia, ianya mengingatkan Umi pada Allahyarham Abah Umi.
Perlukan bantuan beli motor
Umi bercadang nak carikan satu motor second hand kalau dpt sikit2 Dana ada yang sudi nak hulur, Inshaallah. Semua pun Hamba Allah tak kira apa bangsa Inshaallah. Boleh PM Umi ye kalau Ada yg sudi.
Menurut pemilik Facebook ini lagi, dia bercadang untuk membelikan motor baru terpakai untuk diberikan kepada Uncle Fu diatas kehilangan motornya itu akibat banjir.
Tambah beliau lagi, tujuan memberi motor tersebut adalah untuk meringankan beban serta memudahkan pergerakan warga emas tersebut. Oleh itu, beliau turut menggalakkan sesiapa yang ingin membantu boleh hubungi beliau sendiri atau bank in terus ke akaun Maybank 114329040441 diatas nama Sharifah Talha.