fbpx

Menurut portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, di bawah seksyen 43, Bahagian IV, Akta Binatang 1953 (Semakan-2006) (Akta 647) adalah salah melakukan kezaliman terhadap haiwan secara memukul, menendang, menganiaya, terlebih tunggang, terlebih pandu, terlebih muatan, mendera, memarahi atau menakutkan mana-mana haiwan.

Terbaru, tular rakaman video menunjukkan tiga individu memijak seekor kucing di atas lantai. Tidak tahu apakah motif perbuatan itu, namun ianya dapat kecaman hebat oleh netizen.

Video beberapa individu pijak anak kucing sambil dijerut leher hingga lembik dan mati tidak ada seorang pon dapat mengesahkan kejadian bilakah ianya berlaku, dimana lokasi dan beberapa maklumat lain.Apa yang pasti video ini digambarkan berlaku di negara luar berdasarkan perabut, kondisi rumah dan cara dialek pertuturan. Animal Malaysia merayu sesiapa ada maklumat jika benar dakwaan banyak pihak bahawa ia berlaku di Malaysia. Tolong salurkan maklumat pelaku ke Whatsapp +601120901097 segera. Kerahsiaan peribadi dijamin. Ini kerana video yang berlegar tanpa asas maklumat adalah satu gangguan emosi kepada masyarakat dan terutama anak-anak yang belom matang melihatnya.#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Posted by Hitam Putih Channel Online on Khamis, 7 Mei 2020

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan dan menjalankan siasatan lanjut.

“Laporan polis pertama dibuat oleh orang awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

“Tempat kejadian dan suspek yang terbabit belum dikenal pasti namun polis sedang menjalankan siasatan lanjut.”

[fbcomments]