fbpx

Penyanyi Black Hanifah meluahkan rasa kecewa apabila ada sesetengah pihak menuduhnya membeli sebuah kapal pelayaran mewah di Pulau Langkawi hasil operasi mencuci duit haram.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah, 36, berkata ianya merupakan fitnah yang besar terhadapnya memandangkan dia telah berusaha keras siang dan malam untuk kejayaan yang berjaya dimiliki hari ini.

Kekecewaan itu diluahkan Black melalui Instagram Storynya pada Selasa. Black berkata ada pihak yang iri hati dengan kejayaannya sehingga sanggup menyebarkan fitnah tersebut.

“Saya tidak faham apa yang sakit hati dan iri hati sangat dengan kejayaan anak Melayu. Saya kerja siang dan malam untuk dapat seperti hari ini.”

Video yang dimuatnaik oleh Black juga mengatakan tidak mungkin artis seperti Black dapat membeli kapal layar mewah bernilai jutaan ringgit itu.

Sekadar info, penyanyi itu sebelum ini ada membina sebuah villa mewah di Pulau Langkawi yang mula beroperasi Mac lalu. Selain itu, Black juga mempunyai perniagaan rumah sewa di Langkawi.

May be an image of 2 people

Sumber: Instagram Black

[fbcomments]