Instafamous popular Indonesia, Sarah Salsabila atau lebih dikenali sebagai Sarah Keihl telah melakukan sesuatu yang mengejutkan ramai orang. Dia nekad menjual daranya dengan membuat lelongan di Instagram!
Difahamkan keputusan tersebut dibuat kerana keprihatinannya terhadap pandemi virus korona yang terjadi di Indonesia.

“Saya Sarah. Saya akan membuat keputusan terbesar dalam hidup saya. Saya akan melelongkan keperawanan saya.” kata Sarah dalam video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya.
Lelongan bermula dengan Rp 2 miliar atau sekitar RM 591 Ribu. Proses lelong bermula pada jam 9 Malam waktu tempatan Indonesia pada 20 Mei 2020.

“Keputusan yang cukup sukar dalam hidup saya, mungkin ada di antara anda rakan saya yang memahami ini. Tetapi saya telah memutuskan untuk mengumpulkan dana ” kata Sarah.
Dia turut mengatakan hasil lelongan akan disumbangkan kepada pejuang COVID-19 dan semua yang terkena wabak virus korona.

“Semua dana akan disumbangkan 100 peratus kepada pejuang COVID-19 dan semua yang memerlukannya,” kata Sarah Keihl.