Kami fikir kisah viral melibatkan peserta program realiti pendakwah bebas sudah berakhir, tetapi semalam timbul pula kontroversi seorang wanita berusia 40 tahun yang juga merupakan isteri kepada juara program Da’i ditahan polis atas tuduhan menipu.
Penipuan untuk Sijil Halal dan pengiktirafan KKM
Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40 bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018, bertempat di 9-2-1 Kelompok Nuri B, Taman Keramat, Wangsa Maju mendorong Norsiha Aala serahkan wang RM10,050 untuk Sijil Halal dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk miliknya.
Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat serta denda.
Jaminan sebanyak RM 4,000
Majistret kemudian memerintahkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM4,000 dan menetapkan 3 April ini untuk serahan dokumen.
“Suami tertuduh hadir di mahkamah hari ini bagi menjadi penja
Walau bagaimanapun, Da’i Farhan yang ditemui di mahkamah enggan mengulas lanju mengenai isu ini.