Seorang wanita berusia 30 tahun maut dalam kemalangan tragis selepas tercampak dari jejambat Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) setinggi kira-kira 30 hingga 35 meter, petang semalam.

Video di bawah:

https://x.com/malaysiagazette/status/1894361567397085288?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Wanita Maut Tercampak dari Jejambat DASH Selepas Motosikal Hilang Kawalan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.50 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan menghala ke Shah Alam sebelum dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh.

“Motosikalnya kemudian bergesel dengan sebuah kereta di hadapan, menyebabkan mangsa tercampak ke bawah lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Menurut Shahrulnizam, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut menggesa saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Kredit: Berita Harian

 

 

 

[fbcomments]