fbpx

Seorang lelaki dilaporkan maut dalam nahas yang membabitkan dua buah kenderaan yang bertembung di hadapan sebuah kilang pengeluar kaca berlokasi di Lipat Kajang, Jasin, Melaka pada Isnin.

@majoritiofficial

Apa kes sebenarnya ini sampai ada yang terjerit-jerit itu? Klik link untuk berita dan video penuh. #majoriti #beritatiktok #trendingnewsmalaysia #Jasin #Melaka #TragediPuasa #KilangKacaJasin #JasinMelaka

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Kereta Terperosok Bawah Lori

Berdasarkan sumber Majoriti Official, video nahas itu sempat dirakam oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian pada pagi tadi. Menerusi video tersebut, dapat dilihat sebuah Proton Wira berwarna jingga terperosok di bawah sebuah lori treler sambil terdengar raungan seorang wanita.

“Dia bawak lori macam mana Man, ayah kau tu,” raung wanita berkenaan yang dipercayai ahli keluarga mangsa yang maut dalam nahas terbabit.

Meninggal Dunia Di Lokasi Kejadian

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jasin iaitu Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati pemandu treler terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke jalan besar menghala ke Lipat Kajang.

“Apabila sampai di simpang, tiba-tiba Proton Wira yang datang dari arah Lipat Kajang menghala ke kilang kaca gagal mengelak dan melanggar treler terbabit. Pemandu Proton Wira disahkan meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala,” ujaranya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa, Ahmad Johari Mohamad Nin, 48, yang bekerja sebagai pemandu bas kilang dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ahmad Jamil turut menafikan dakwaan pemandu treler terbabit merupakan anak kepada mangsa yang maut seperti mana yang tular di media sosial.

Beliau berkata, hasil soal siasat bersama waris mangsa mengesahkan keluarga itu tidak mengenali pemandu lori tersebut.

“Tiada kaitan, tiada apa-apa hubungan persaudaraan,” jelasnya lagi.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]