Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu untuk mencuri wang sebanyak RM2,500 di sebuah majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas, Kelantan, pada 1 Februari lalu, akhirnya ditahan polis.

@utusantvofficial

9 FEB 25: Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, alamat terakhir suspek adalah di Jalan Dusun Musa, Kota Bharu, Kelantan. Video Tular/PDRM #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #wargaemas #rm2500 #pasirmas

♬ Sad Violin – Oleg Kirilkov

Wanita Warga Emas Ditangkap Selepas Mencuri RM2,500 di Majlis Perkahwinan di Pasir Mas

Suspek yang dipercayai telah lama terlibat dalam jenayah itu ditangkap pada petang Ahad sekitar jam 5.04 petang, di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu. Penahanan suspek dilakukan selepas pihak polis yang sedang menjalankan rondaan di sekitar bandar Kota Bharu terlihat sebuah teksi jenis Nissan Sentra dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika pasukan polis melakukan rondaan di sekitar bandar Kota Bharu, kita terserempak dengan sebuah teksi jenis Nissan Sentra dalam keadaan mencurigakan dan pasukan terus mengekorinya.

“Sebaik tiba di Jalan Sri Cemerlang, pasukan polis menahan kenderaan berkenaan sebelum menangkap warga emas wanita terbabit bersama pemandu teksi berusia 62 tahun,” jelasnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek dilakukan namun tiada barang yang menyalahi undang-undang ditemui pada tubuh badan mereka.

Siasatan awal mendapati wanita tersebut mengaku mencuri wang berjumlah RM2,500 pada majlis tersebut. Wanita ini juga memiliki rekod jenayah lampau dengan 10 kes, termasuk beberapa kes di Terengganu. Pemandu teksi yang turut ditahan juga diketahui mempunyai satu rekod jenayah.

Kedua-dua suspek kini akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Kredit: Harian Metro

 

[fbcomments]