Pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah menyatakan rasa kesal terhadap situasi melibatkan anak kepada bekas model Zahnita Dorothy Hussein Wilson iaitu Zahrafeena, 18, yang kini menjadi perhatian susulan isu rumah tangga kedua-dua ibu bapanya.

Wardina menegaskan bahawa remaja yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu tidak sepatutnya menjadi sasaran kecaman atau ditemu bual oleh media.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZS6m3fjmu/

Wardina Safiyyah Suarakan Kekesalan, Minta Anak Zahnita Tidak Dijadikan Mangsa Kecaman

Menurut Wardina, sebagai seorang anak, Zahrafeena juga merupakan mangsa keadaan yang tersepit dalam konflik ibu bapanya dan sewajarnya diberikan perlindungan daripada tekanan luar, termasuk komen-komen negatif netizen.

“Budak tu budak lagi. Kamu tak patut dedahkan anak-anak. Jangan temubual budak, dia tak tahu apa-apa.

“Ingat dia tak baca komen-komen netizen ke? Kesian dia, budak tu, anak-anak Zahnita semua mangsa keadaan,” katanya.

Wardina turut mengingatkan masyarakat agar lebih berhati-hati dalam memberi penilaian, kerana kecaman melampau boleh memberi kesan mendalam kepada mental dan emosi remaja berkenaan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 45 tahun itu berpendapat Zahnita dan bekas suaminya, Abd. Zackery Ghouse, berhak memberi penjelasan masing-masing mengenai isu rumah tangga mereka. Bagaimanapun, Wardina menyeru agar orang ramai tidak membuat kesimpulan sendiri tanpa memahami situasi sebenar.

“Bila kita fikir secara logiknya, Zahnita mempunyai hak untuk berkongsi kepada umum. Bagaimanapun, kalian (netizen) ni siapa nak diagnos suaminya narsistik? 

“Orang dah tuduh dia (Abd. Zackery Ghouse ), dia pun balaslah balik, itu hak dia sama ada kita mahu percaya atau tidak. 

“Zahnita ada versi dia, Zackery ada versi dia. Mahkamah yang akan menentukan, malangnya isu itu telah didedahkan kepada umum, jelasnya.

Wardina turut berharap agar pasangan berkenaan dapat mencari penyelesaian terbaik demi kebaikan anak-anak mereka. Menurutnya, isu rumah tangga ini seharusnya tidak diperbesar-besarkan hingga melibatkan anak-anak secara langsung.

Terdahulu, Zahrafeena mencuri perhatian apabila mendakwa tindakan ibunya mendedahkan isu rumah tangga di media sosial adalah sebahagian daripada rancangan yang sudah lama dirancang.

Selain itu, dia juga mempersoalkan kesahihan gambar yang didakwa menunjukkan Zahnita dipukul, dengan mengatakan ia merupakan foto lama.

Kredit: TikTok  hafle.hs

 

[fbcomments]